Hampir semua syarikat yang mempunyai pejabat mengarahkan pekerja mereka bekerja daripada rumah. Ada yang menyediakan elaun khas sebagai tambahan kepada bayaran bill utiliti yang melambung atau ada yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar tentang bil utiliti yang terpaksa ditanggung pekerja mereka untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Pandemik banyak mengajar kita semua berdikari dan mencari pendapatan tambahan kerana setiap pekerjaan bergaji tetap tidak mungkin akan tetap selamanya.
Ada yang trade saham, ada yang jadi takaful ejen, ada yang perlahan lahan membina kerjaya dalam bidang hartanah.
Untuk yang bergaji tetap, isu makan tengah hari menjadi isu yang agak kritikal, sama ada order ehailing atau masak sendiri.
Perkara ini menjadi bisu oleh majikan majikan yang bersifat kapitalis dan kejam sebenarnya. Satu jam sebenar tidak cukup untuk masak, menyediakan makanan untuk dimakan. Dua jam sebaik baiknya.
Tetapi majikan mementingkan keuntungan tanpa ada kebajikan staff mereka akan cuba mengelak isu ini timbul.
Jabatan sumber manusia setiap syarikat sudah pastinya akan mendiamkan perkara ini.
Coretan ini lebih kepada menyedarkan jabatan sumber manusia supaya menghargai staff dan pekerja mereka sebagai manusia dan bukan robot. Tanpa pekerja yang gembira, syarikat anda akan jatuh dan pekerja anda tidak akan bantu.
Comments
Post a Comment